MISI DAN VISI

Visi Perbadanan Kota Buku untuk menjadi sebuah agensi unggul dalam pembangunan perbukuan negara yang merangkumi beberapa aspek iaitu pembinaan kapasiti, perdagangan kandungan, aktiviti perbukuan dan pendayaan teknologi. Di samping itu, Perbadanan Kota Buku turut memiliki beberapa acara menarik dan bergiat aktif dari semasa ke semasa antaranya KLTCC (Kuala Lumpur Trade and Copyright Centre), Kota Kata, Festival Sastera Kanak-kanak dan sebagainya.  Selain itu, Perbadanan Kota Buku juga menyediakan perkhidamatan menerusi beberapa program iaitu Malaysiana, Geran Terjemahan, Dagangan Hak Cipta, Penerbitan Digital (Bookcapital.my) dan lain-lain.