Soalan Lazim

Siapa Perbadanan Kota Buku? 

Perbadanan Kota Buku merupakan syarikat berkaitan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia ditubuhkan pada 6 Julai 2011. Perbadanan Kota Buku diilhamkan sejajar dengan hasrat Dasar Buku Negara (DBN) yang menyarankan agar ditubukan sebagai “Pusat Buku” di Malaysia.

Kota Buku ialah pusat sehenti bagi menghimpunkan pembaca, penulis dan penerbit. Perbadanan Kota Buku akan menemukan dan membantu mereka dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan kegiatan perbukuan antara satu sama lain.


Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perbadanan Kota Buku?

Terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perbadanan Kota Buku antaranya ialah ialah Geran Terjemahan, Malaysiana, Almanak Buku, Penerbitan Digital (Bookcapital.My), Dagangan Hakcipta, Kelab Pembaca Kota Buku, Akademi Kota Buku dan Penyelidikan dan Runding Cara.

 

Saya berminat untuk menerbitkan buku namun mengalami kekangan kos, program apakah yang sesuai untuk saya mohon? 
Apakah jenis kategori yang disyaratkan oleh Malaysiana?

Program yang sesuai untuk menerbitkan buku dengan mendapatkan dana ialah Malaysiana. Program ini mensasarkan untuk menjadi pusat repositori digital dan hak cipta bagi penerbitan-penerbitan yang diterbitkan berdasarkan nilai-nilai khusus Malaysia. Fokus utama adalah melalui enam kategori Malaysiana iaitu Islamika Malaysiana, Halal, Pengurusan Haji Malaysia, Komoditi Malaysia, Biodiversiti dan Sosiobudaya Malaysia.

Anda boleh memohon dana geran pembangunan Malaysiana iaitu mengisi borang permohonan danan penerbitan Malaysia di www.kotabuku.my/malaysiana. Selepas itu, anda perlu mengirim borang tersebut dengan mengemel kepada malaysiana@kotabuku.my.

 

Saya berminat untuk menterjemah dan menerbitkan karya saya dalam bahasa asing, adakah Perbadanan Kota Buku boleh bantu saya?

Anda boleh menterjemah dan menerbitkan karya asal ke bentuk bahasa asing menerusi Geran Terjemahan. Perbadanan Kota Buku menyediakan perkhidmatan menerusi bantuan dana Geran Terjemahan untuk menyokong karya terjemahan bagi sebarang buku yang diterbitkan di Malaysia untuk pasaran antarabangsa. Geran ini menyokong penterjemahan karya ke dalam bahasa lain atau asing selain daripada Bahasa Melayu. Sebanyak USD 2,500 diperuntukkan untuk Geran Terjemahan.

Untuk memohon dana Geran Terjemahan, anda boleh memohon dengan memuat turun borang permohonan di www.kotabuku.my. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh mengirim email kepada pihak kami iaitu grants@kotabuku.my.

 

Saya ingin membeli buku secara dalam talian dan bagaimana caranya?

Anda boleh membuat tempahan dan membeli buku secara talian menerusi www.bookcapital.my. Portal ini mengandungi 80,000 judul buku yang memiliki pelbagai genre. Anda boleh lakukannya dengan dua pilihan sama ada di website www.bookcapital.my atau mendapatkan sokongan penuh menerusi IOS dan Android. Jika anda ingin menggunakan sokongan IOS dan Android, anda boleh memuat turun aplikasi ‘Book Capital’ di Play Store.

Selepas mendaftar akaun, anda akan diberikan tiga buah buku percuma mengikut pilihan anda. Sekiranya anda ingin memesan buku, anda boleh memilih pelbagai buku mengikut kategori dan membuat pembayaran menerusi kad kredit atau bayaran secara talian.


Saya ingin menjadi ahli kelab Kota Buku dan apakah keistimewaannya?

Perbadanan Kota Buku sangat mengalu-alukan anda untuk menyertai dan menjadi ahli kelab pembaca Kota Buku.  Penyerataan Kelab pembaca Kota Buku merupakan kelab santai, memberikan ruang dan peluang kepada ahli kelab dengan menjalankan pelbagai aktiviti dalam suasana meriah.

Keistimewaan menjadi ahli kelab Kota Buku antaranya  boleh membeli merchandise yang dijual oleh Perbadanan Kota Buku dengan diskaun sebanyak 10 peratus. Selain itu, ahli kelab juga boleh memilih ketiga-tiga judul buku menerusi Bookcapital.my secara percuma.


Apakah acara atau program Perbadanan Kota Buku yang menarik?

Perbadanan Kota Buku sentiasa mengadakan acara atau program menarik antaranya KLTCC (Kuala Lumpur Trade and Copyright Centre), FSK (Festival Kanak-Kanak), KLIF (Kuala Lumpur Literary Festival), Kota Kata, Rehat dan Baca @KLBIF, Night @ Library dan Bookcamp.

 

Saya ingin menghebahkan aktiviti perbukuan tetapi bagaimana caranya?

Anda boleh menyertai kami menerusi Almanak Kota Buku iaitu pusat pengiklanan maklumat dan aktiviti perbukuan di dalam dan luar negara. Para penggiat industri iaitu penulis, penerbit, pembaca dan penyedia kandungan boleh menyertai Almanak Kota Buku secara percuma.

 

Selain menawarkan perkhidmatan dan mengadakan acara perbukuan, apakah kemudahan lain yang disediakan oleh Perbadanan Kota Buku?

Perbadanan Kota Buku mempunyai beberapa kemudahan lain antaranya menyewa bilik iaitu Magnum Opus, Tuhfat dan Nukleus. Setiap tempat dikenakan caj berbeza. Selain itu, kami menyediakan rangkaian Wifi percuma, tempat pertemuan selesa, kemudahan solat, ruang makan dan peralatan untuk pembentangan seperti projector.