Festival Kanak-Kanak (FSK)

Festival Kanak-kanak mulai diperkenalkan pada tahun 2012. Ia dianjurkan oleh Kota Buku dengan kerjasama agensi-agensi awam dan swasta yang berkongsi matlamat untuk memupuk semangat membaca dan berkarya dalam kalangan generasi muda. FSK mempunyai pelbagai tema pada setiap tahun. Ia juga berkonsep menyatukan beberapa elemen antaranya Interaktif, Kebudayaan, Bengkel dan Jualan. Usaha ini berjaya melahirkan impak yang positif kepada kanak-kanak serta mereka yang terlibat secara langsung menerusi kegiatan perbukuan kanak-kanak. Istimewanya, FSK dikunjungi oleh pelbagai kategori umur.

Kuala Lumpur Literary Festival (KLIF)

KLIF merupakan satu platform untuk menemukan dan mengumpul penulis, pembaca, sasterawan dan penggiat seni. Ia bertujuan untuk pertukaran teguh idea dan pengetahun yang diilhamkan dari sastera dalam pelbagai bentuk.

 

Kota Kata

Kota Kata dianjurkan oleh Perbadanan Kota Buku dengan kerjasama Sindiket Sol-Jah dan Paradoks Production. Kota Kata merupakan acara menarik dengan pelbagai aktiviti antaranya jualan buku, persembahan dan sebagainya.

 

Rehat dan Baca @ PBAKL

Rehat dan Baca @ PBAKL diadakan setiap kali Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dilangsungkan. Ia merupakan sudut rehat dan baca yang boleh dikunjungi oleh pelbagai kategori umur. Di ruangan itu, ada bahagian digital, merchandise, sesi pelancaran buku dan pelbagai aktiviti menarik. Istimewanya, ruangan tersebut disediakan untuk para pengunjung untuk berehat sambil membaca buku yang dimiliki secara peribadi atau Perbadanan Kota Buku.

 

Night @ Library

Night @ Library merupakan anjuran Perbadanan Kota Buku dengan kerjasama Perpustakaan Kuala Lumpur. Ia menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang satu malam berlangsung untuk peserta yang berada di Perpustakaan Kuala Lumpur.

 

Bookcamp

Bookcamp merupakan salah satu acara atau program yang dianjurkan oleh Perbadanan Kota Buku. Buat pertama kalinya ia diadakan pada tahun 2016. Program ini disertai oleh ahli-ahli Kelab Pembaca Kota Buku. Pelbagai aktiviti menarik diadakan dan peluang bertukar pandangan, maklumat serta sesi temu mesra.