Akademi

Perbadanan Kota Buku mengadakan pelbagai kursus yang dapat meningkatkan produktiviti penulis dan pelbagai kursus peningkatan kemahiran termasuk penjenamaan penerbit di penglibatan pesta buku antarabangsa dan lain-lain

Pendigitalan

Perbadanan Kota Buku menyediakan penerbitan digital dan perkhidmatan penukaran. Penerbitan digital berbentuk format ePub. Ebook boleh dibaca menerusi pelayar web dan pembaca berasaskan pada perantu dan telefon pintar. Anda boleh melayari dan memiliki koleksi ebook di www.bookcapital.my.

Agensi Hak Cipta

Perbadanan Kota Buku menawarkan khidmat dengan mewakili pihak anda sebagai agen hak untuk penerbitan. Kota Buku juga menggalakkan penerbitan di pesta buku antarabangsa di seluruh dunia seperti Frankfurt Book Fair dan Bologna Children Book Fair.

Acara perbukuan

Anda boleh menyertai kami menerusi Almanak Kota Buku iaitu pusat pengiklanan maklumat dan aktiviti perbukuan di dalam dan luar negara. Para penggiat industri iaitu penulis, penerbit, pembaca dan penyedia kandungan boleh menyertai Almanak Kota Buku secara percuma.