LATAR BELAKANG

Perbadanan Kota Buku merupakan Syarikat Berhad Menurut Jaminan Kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Perbadanan Kota Buku diilhamkan sejajar dengan hasrat Dasar Buku Negara (DBN). Ia menyarankan agar ditubuhkan sebagai “Pusat Buku” di Malaysia.

Kehadiran Perbadanan Kota Buku merancakkan industri perbukuan sebagai pusat sehenti bagi menghimpunkan pembaca,  penulis dan penerbit. Perbadanan Kota Buku mempunyai matlamat antaranya mensasarkan untuk menjadi pusat repositori digital dan hak cipta bagi penerbitan-penerbitan yang diterbitkan berdasarkan nilai-nilai khusus Malaysia.

 

MATLAMAT KAMI

Perbadanan Kota Buku komited untuk menjadi agensi berkaitan kejaraan yang mendukung pembangunan industru buku yang mencakupi:

  1. Capacity Building 
  2. Dagangan Hakcipta menurusi penerbitan buku dan digital selain mengukuhkan dagangan antarabangsa dan domestik, mengawal isu berkaitan harta intelek selain menjadi hub konten negara terulung
  3. Acara perbukuan yang mengcakupi aktiviti pengkomersialan dan social entrerprising. Selain itu, mengadakan aktiviti jualan dan pameran, melibatkan diri dalam acara perbukuan antarabangsa dan penerbitan buku malaysiana.
  4. Pemudahcara teknoligi terkini sebagai pelopor buku masa hadapan, state-of the-art content solution selain menjadi peneraju pemodenan industri duku dengan membawakan makluman berkaitan dan diwar-warkan kepada seluruh industi perbukuan dan pemainnya.